Tuesday, March 20, 2012

Jadi jutawan dalam tempoh 11 tahun?

Assalammualaikum.. Bersua kembali rakan-rakan pembaca blog ini.. Saya baru saja pulang dari kerja, dalam perjalanan pulang tadi timbul pulak satu idea untuk berkongsi sesuatu yang saya fikirkan sebelum melelapkan mata malam tadi. Macam gini iaitu satu kaedah untuk menggandakan wang yang kita ada tanpa perlu bersusah payah untuk mencapai matlamat untuk menjadi JUTAWAN...Syok kan !??? Sekiranya rakan pembaca mempunyai simpanan tunai di bank sejumlah RM100 ribu ... bolehkah wang tersebut digandakan untuk menjadi nilai RM1 juta di dalam tempoh 11 tahun?? Jawapan daripada saya dengan minda yang positif mengatakan boleh!!! Pelbagai cara tetapi saya ingin memberikan pendekatan dengan menukarkan kepada logam emas fizikal tulen.. Katakan anda membuat pembiayaan peribadi sejumlah RM100 ribu. Bayaran ansuran sebanyak RM800 setiap bulanan selama tempoh 20 tahun. Anggaran keseluruhan yang akan dibayar di dalam tempoh 20 tahun ialah RM192 ribu ( kiraannya ialah RM800 x 12 bulan x 20 tahun = RM192 ribu ). Rakan-rakan pembaca mestilah mengambil keputusan untuk menukarkan keseluruhan nilai RM100 ribu pinjaman tadi kepada bentuk logam emas fizikal tulen. Berdasarkan carta graf di atas..Sejarah telah membuktikan bahawa kenaikan purata tahunan harga logam emas fizikal sekitar 20% ke 30%. Kita ambil pengiraan sekadar 25% sahaja..Maka kiraan adalah seperti berikut: Tahun 1 = RM 100 ribu + 25% kenaikan emas = RM 125 ribu Tahun 2 = RM 125 ribu + 25% kenaikan emas = RM 156 ribu Tahun 3 = RM 156 ribu + 25% kenaikan emas = RM 195 ribu Tahun 4 = RM 195 ribu + 25% kenaikan emas = RM 243 ribu Tahun 5 = RM 243 ribu + 25% kenaikan emas = RM 303 ribu Tahun 6 = RM 303 ribu + 25% kenaikan emas = RM 378 ribu Tahun 7 = RM 378 ribu + 25% kenaikan emas = RM 472 ribu Tahun 8 = RM 472 ribu + 25% kenaikan emas = RM 590 ribu Tahun 9 = RM 590 ribu + 25% kenaikan emas = RM 737 ribu Tahun 10 = RM 737 ribu + 25% kenaikan emas = RM 921 ribu Tahun 11 = RM 921 ribu + 25% kenaikan emas = RM1.15 juta Di dalam tempoh selama 11 tahun..Wang anda yang ditukarkan telah menjadi gandaan kepada jumlah RM1.15 JUTA. Wahhh dah jadi JUTAWAN !!!

Wednesday, March 7, 2012

Tips : Sandarkan Setiap Sen Yang Di Belanjakan Dengan Ema

Tips : Sandarkan Setiap Sen Yang Di Belanjakan Dengan Emas
Pada posting yang lepas saya telah mendedahkan bahawa wang yang kita perolehi hasil titik peluh selama kita bekerja ini sebenarnya adalah wang fiat (iaitu wang yang tidak disandarkan dengan emas).
Ianya langsung tidak bernilai bahkan ianya masih kekal digunakan pun hanya kerana ianya masih diterima oleh para pengguna (kita semua) sebagai medium pertukaran.
Tetapi malangnya kita tidak mampu untuk mendesak pemerintah agar membuat penyelarasan semula dengan mengimbangkan diantara jumlah wang ringgit yang telah dicetak dengan rizab simpanan emas.
Justeru, langkah yang boleh kita ambil ialah, kita sendiri perlu menyandarkan wang yang kita perolehi dengan emas!!

Caranya?
Mudah saja, sebelum kita membelanjakan sejumlah wang, baik untuk membeli barangan keperluan (terutamanya yang mahal dan susut nilai) ataupun untuk tujuan modal perniagaan dan pelaburan pastikan anda gunakan wang itu untuk membeli emas dahulu.
Selepas anda beli emas, pajakkan di Ar-Rahnu dan tunai yang anda dapat hasil dari pajakan itulah yang boleh anda digunakan untuk keperluan tersebut.
Rasionalnya?
1- Membeli barangan susut nilai (Kereta, TV lcd, Laptop, Motosikal & etc)
Jika anda membeli barangan yang susut nilai, anda tidak akan kerugian kerana kadar penyusutan itu dapat diimbangi oleh kadar kenaikan nilai emas yang anda pajakkan tadi.
Anda hanya perlu maintain upah simpan 6bulan sekali dan apabila sampai waktunya nanti (kenaikan harga emas) anda boleh jualkan emas tersebut dan keuntungan hasil jualan tadi akan mengurangkan kerugian anda diatas belian barangan susut nilai tadi dan tidak mustahil dalam masa yang sama anda akan meraih keuntungan, sekaligus membuatkan barangan tadi anda perolehi secara percuma!!.
2- Modal Perniagaan
Setiap perniagaan terdedah kepada risiko kerugian. Justeru, sandarkan modal perniagaan ataupun modal pusingan anda dengan emas. Caranya sama, iaitu beli emas, pajakkan dan hasil pajakan tadi baru boleh digunakan untuk perniagaan.
Jika perniagaan anda untung, hasil dari keuntungan bulanannya digunakan untuk bayaran balik kepada Ar-Rahnu sedikit demi sedikit sehingga tertebus kesemua emas tadi. Dengan cara ini, untung perniagaan anda dapat, untung kenaikan emas pun anda dapat!!
Jika perniagaan anda rugi pula, anda hanya perlu maintain bayaran upah simpan setiap 6 bulan sekali, dan dengan purata kenaikan nilai emas 25% setahun, hanya dalam masa 4 tahun anda telah menggandakan nilai emas anda kepada 100%. Anda boleh jualkan emas tersebut dan keuntungannya telah cover semula kerugian anda tadi. Keuntungannya anda boleh belikan emas lagi, pajakkan dan mulakan perniagaan baru.
Sedarlah, jika anda laksanakan cara ini, anda tidak akan muflis, jatuh terduduk dan sebagainya seandainya anda kerugian di dalam perniagaan anda, kerana risikonya telah diminimakan oleh emas!!!
3- Pelaburan (Hartanah, Saham, Unit Amanah etc)
Ramai orang mengatakan bahawa pelaburan hartanah sememangnya menguntungkan, tetapi amat jarang yang mengatakan berkenaan risiko kerugiannya.
Apakah pelaburan hartanah tiada risiko?
Bagaimana jika berlaku kemelesetan ekonomi, syarikat2 bankrap, penyewa anda hilang pekerjaan sekaligus tidak mampu membayar sewa kepada anda? dan anda juga tidak mampu membayar semula kepada bank? akibatnya rumah anda akan dilelong!!

Tetapi jika anda menyandarkan belian rumah tadi dengan emas, anda tidak akan kerugian kerana apabila berlaku kemelesetan ekonomi harga emas akan naik mendadak!!
Begitu juga ketika berlakunya bencana atau peperangan seperti peristiwa 9/11 cthnya, jika anda mempunyai hartanah di kawasan bandar di U.S sudah tentu penyewa anda akan lari dan anda perlu menanggung risiko yang hartanah anda akan dilelong. Tetapi jika anda sandarkan pelaburan tersebut dengan emas, anda akan menikmati keuntungan hasil kenaikan emas sebanayk 9% dan perak 11% pada hari itu!!
Kesimpulannya, emas bukan sahaja bertindak sebagai pelindung kepada nilai harta anda, tetapi ia juga bertindak sebagai pelindung kepada kerugian dan peminima risiko perniagaan dan pelaburan anda.
Semoga anda dapat mengambil iktibar hasil dari tips ini, dan jangan berlengah lagi, hubungi saya sekarang dan beli emas sebanyak mungkin sebelum ianya mencecah $ 2,000 per oz pada hujung tahun hadapan!!

Berbaloikah Berhutang Untuk Membeli Emas?

Berbaloikah Berhutang Untuk Membeli Emas?

Hasil daripada pemerhatian saya sepanjang bergiat dalam bidang perniagaan emas ini, ramai yang bertanyakan soalan seperti ini kepada saya. Jawapan saya semestinya “Berbaloi!!”
Saya dedahkan rahsianya kepada anda,
TEKNIK BELI & SIMPAN
Adakah anda pernah menyesal dan memikirkan risiko kerugian yang bakal dihadapi apabila anda berhutang utntuk membeli sesuatu yang susut nilai seperti kereta, TV, sofa, peti ais dll…?
Mungkin anda tidak terlalu bimbang akan risiko kerugiannya kerana anda dapat memanfaatkan kemudahannya dalam kehidupan seharian.
Tetapi mengapa anda terlalu bimbang untuk berhutang bagi tujuan pembelian sesuatu yang meningkat nilainya seperti emas? Bukankah pemahaman anda berkenaan pengurusan kewangan dan risiko sudah terbalik?
Saya berikan contoh, anda berhutang RM 100,000 daripada bank dan kesemuanya anda gunakan untuk membeli emas bagi tujuan pelaburan.
Ambil kira purata kenaikan emas tahunan sekitar 25%, hanya selama 4 tahun sahaja anda telah menggandakan wang RM 100k itu tadi. Nah, anda dah boleh jualkan sebahagiannya, dan bayar semula pinjaman RM 100k yang anda gunakan sebagai modal tadi.
Kini anda telah memiliki sejumlah emas bernilai RM 100k secara percuma!! Jika tempoh masa kenaikan harga emas agak perlahan sekalipun ataupun istilahnya ‘Worst Case Scenario’, mungkin purata kenaikannya hanya sekitar 15% setahun, anda hanya memerlukan tempoh masa selama 7 tahun untuk menggandakan nilainya!!
Jika anda membuat loan ASB sebanyak RM 100k selama 20 tahun, jumlah bayaran bulanannya adalah lebih kurang sama dengan jumlah bayaran untuk Personal Loan sebanyak RM 100k bagi tempoh 20 tahun.
Tetapi boleh kah pelaburan di ASB menggandakan modal asal anda dalam tempoh masa 4-7 tahun shj?
Jika anda menggunakan dividen tahunan untuk bayaran bulanan pada tahun2 berikutnya, bermakna anda hanya akan mendapat RM 100k selepas tempoh matang selama 20 tahun itu.
Cuba anda tukarkan konsep itu dengan membuat Personal Loan dan membeli emas, dalam jangkamasa 20 tahun agak2 berapa kilo emas yang dapat anda kumpulkan?
Mengapa saya menasihatkan Personal Loan selama 20 tahun?
Walaupun interestnya agak tinggi, tetapi bayaran bulanannya adalah rendah, dan kita perlu mengambil kira sekiranya berlaku keadaan ‘Worst Case Scenario’, maka kita tidak akan terbeban untuk meneruskan bayaran bulanan untuk jangkamasa beberapa tahun lagi, itulah rasionalnya!!
Jangan dirisaukan tahun yang panjang kerana anda telah merancang untuk menyelesaikannya dalam jangkamasa yang lebih awal.
Jangan dibimbangi akan kadar interest yang tinggi, kerana kadar yang tinggi hanya akan dirasai dalam jangkamasa yang panjang dan ianya juga agak berbaloi untuk membayar interest yang agak tinggi sedikit bagi jangkamasa 20 tahun kerana kesannya anda dapat membuat backup plan untuk pelaburan anda sekiranya berlaku situasi2 diluar jangkaan.
TEKNIK LEVERAGING & COMPOUNDING
Katakan pula jika anda menggunakan konsep Leveraging & Compounding mengikut perkiraan berikut :
1- Beli emas RM 100k
pajak dapat RM 70k
2- Beli lagi emas RM 70k
pajak dapat RM 49k
Cukup sampai setakat itu sahaja, baki di tangan RM 49k standby untuk bayaran upah simpan selama 4 tahun (Jika kadar upah 0.6%).
Jadi sekarang nilai emas anda adalah sebanyak RM 170k dan anggarkan dalam “Worst Case Scenario”, iaitu kenaikan tahunan hanya 15% sahaja.
Tahun 1 – RM 170,000 x 15% = RM 25,500 (Nilai emas anda telah menjadi RM 195,500)
Tahun 2 – RM 195,500 x 15% = RM 29,325 (Nilai emas anda telah menjadi RM 224,825)
Tahun 3 – RM 224,825 x 15% = RM 33,723 (Nilai emas anda telah menjadi RM 258,548)
Tahun 4 – RM 258,548 x 15% = RM 38,782 (Nilai emas anda telah menjadi RM 297,330)
Cari pembeli dan jualkan emas anda sekadar untuk menebus semua emas dengan membayar semula pinjaman sebanyak RM 119,000 dari Ar-Rahnu (RM 70,000 + RM 49,000).
Setelah anda membayar semula RM 119,000 kepada Ar-Rahnu, kini nilai bersih emas di tangan anda ialah sebanyak RM 178,330.00!!!!
Untuk langkah seterusnya anda boleh pilih samaada :
a) Pajakkan semula dan gunakan tunai hasil pajakan itu untuk menjelaskan pinjaman modal RM 100k kepada bank.
—->> Kelebihannya – anda masih mempunyai emas bernilai RM 178,330.00
—->> Kekurangannya – anda perlu merancang semula bagaimana mahu membayar upah simpan
b) Jualkan emas yang bernilai RM 100k dan jelaskan kesemua hutang modal anda kepada bank.
—->> Kelebihannya – anda mempunyai aset emas bersih bernilai RM 78,330.00 secara percuma.
—->> Kekurangannya – anda kehilangan peluang menggandakan nilai pelaburan anda kepada jumlah yang    lebih besar.
Jika dikira secara logik, 15% x 4 tahun = 60%, jadi sepatutnya pada tahun ke-4 nilai emas anda hanyalah RM 160,000.00 sahaja.
Tapi jika anda mengurusnya secara bijak menggunakan konsep Leveraging & Compounding, % pulangan yang anda perolehi pada tahun ke-4 mencecah 197.33%, sekaligus menjadikan nilai pelaburan anda pada ketika itu menjadi RM 297,330.00!!!
Ini hanya dalam tempoh 4 tahun dan pengiraannya adalah berdasarkan keadaan “Worst Case Scenario”, bagaimana jika dalam keadaan “Good Market Scenario” seperti keadaan sekarang ini?
Agak2 berapa profit margin selama tempoh 4 tahun itu?
Saya fikir anda sendiri boleh mempertimbangkan sama ada berbaloi atau tidak jika membuat pinjaman untuk pelaburan emas fizikal!!

Berbaloikah Berhutang Untuk Membeli Emas?

TEKNIK BELI & SIMPAN

Adakah anda pernah menyesal dan memikirkan risiko kerugian yang bakal dihadapi apabila anda berhutang utntuk membeli sesuatu yang susut nilai seperti kereta, Motor,TV Lcd, sofa, peti ais,laptop, handfon,   dll…?
Mungkin anda tidak terlalu bimbang akan risiko kerugiannya kerana anda dapat memanfaatkan kemudahannya dalam kehidupan seharian.
Tetapi mengapa anda terlalu bimbang untuk berhutang bagi tujuan membeli aset yang meningkat nilainya seperti emas? Bukankah pemahaman anda berkenaan pengurusan kewangan dan risiko sudah terbalik?