Thursday, July 14, 2011

Pinjaman Maksimum: Untung atau Lebih Untung

Assalammualaikum para pelabur emas sekalian,


Saya yakin ramai antara anda sedang mencari-cari pinjaman peribadi untuk anda gunakan untuk pelaburan anda. Tak kira sama ada pelaburan ASB atau perniagaan atau pun melabur dalam emas. Ramai yang merasakan rugi sekiranya membuat pinjaman untuk jangka masa panjang sekiranya membuat pelaburan. Ini adalah perbandingan yang saya buat berdasarkan pendapat peribadi dengan ilmu pengetahuan yang sedikit.


Andai kata anda ingin membuat pinjaman maksimum sebanyak RM100K dengan bayaran balik selama 20 tahun sebanyak RM830 setiap bulan.

Situasi A: Pelaburan ASB

Jumlah Pinjaman selepas tolak kos tertentu: RM100,000.00
Dividen selama 20 tahun secara purata 7% setiap tahun: RM 140,000.00
Keuntungan? = RM100,000.00+RM140,000.00 = RM240,000.00

Bayaran bulanan anda sebanyak RM830 selama 240 bulan (20tahun) = RM199200

Keuntungan anda yang anda nampak: RM240,000.00 - RM199,200.00 = RM40,800.00


Situasi B: Pelaburan Emas


Jumlah Pinjaman selepas tolak kos tertentu: RM100,000.00
Kenaikan emas selama 1 tahun secara purata 20% setiap tahun: RM 20,000.00 X 20tahun = RM400K
Keuntungan? = RM100,000.00+RM400,000.00 = RM500,000.00

Bayaran bulanan anda sebanyak RM830 selama 240 bulan (20tahun) = RM199200

Keuntungan anda yang Sebenar: RM400,000.00 - RM199,200.00 = RM200,800.00

Sekiranya anda membuat pinjaman untuk jangka masa pendek nilai bayaran balik lebih tinggi dan membebankan. Kenapa anda tidak menggunakan kelebihan pinjaman wang untuk pelaburan yang lebih menguntungkan.

No comments:

Post a Comment