Sesuai namanya, Federal Reserve Bank of
New York terletak di New York tepatnya
di 33 Liberty Street,Manhattan, New York, Amerika Syarikat. Bank ini di
buka pada tarikh 16 November 1914 dan di tempat inilah anda
boleh melihat emas yang banyak yang tidak akan pernah
anda lihat seumur umur anda kerana di
sinilah terdapat vault (ruang simpanan) emas yang terbesar di dunia.
SIMPANAN EMAS NEGARA2 DUNIA…
Sumber: World Official Gold Holdings (International Financial Statistics, May 2011)
Penyimpan | Bullion (Tonnes) | % of reserves |
United States | 8,133.5 | 74.6% |
Germany | 3,401.0 | 70.8% |
Italy | 2,451.8 | 69.2% |
France | 2,435.4 | 64.9% |
China | 1,054.1 | 1.6% |
Switzerland | 1,040.1 | 17.1% |
Russia | 811.1 | 7.5% |
Japan | 765.2 | 3.2% |
Netherlands | 612.5 | 57.9% |
India | 557.7 | 8.2% |
Taiwan | 423.6 | 4.7% |
Philippines | 153.7 | 10.9% |
Singapore | 127.4 | 2.4% |
Thailand | 108.9 | 2.8% |
Indonesia | 73.1 | 3.3% |
Pakistan | 64.4 | 15.2% |
Malaysia | 36.4 | 1.5% |
Pada tahun 1971. Amerika Syarikat tidak lagi mengunakan emas
sebagai nilai tambatan matawang mereka tetapi mereka memperkenalkan fiat
currency…mereka mengalakkan orang ramai dan mengajak negara-negara di
dunia untuk menukar tambatan wang kepada us dollar..tetapi sedarkah kita
bahawa dalam diam dan tanpa kita sedari..meraka jugalah penyimpan emas
terbesar di dunia….Amerika syarikat hanya mahu menguasai dunia dengan
‘memaksa’ negara-negara lain di dunia mengunakan us dollar supaya mereka
dapat menguasai ekonomi dunia…tetapi…
Negara China telah meningkatkan simpanan emas bagi negara tersebut
sebanyak 75% sejak beberapa tahun yang lepas. Walaupun China merupakan
negara ke 5 penyimpanan emas terbesar di dunia, namun setiap tahun
terdapat peningkatan dalam mengumpul emas bagi negara Asia ini. Kerajaan
China sendiri menggalakan rakyatnya memiliki emas sehinggakan kerajaan
membuat iklan di televisyen tempatan mereka supaya golongan ini memiliki
emas sebagai simpanan; satu langkah yang bijak memandangkan Kerajaan
China pada masa dahulu pernah mengehadkan berapa banyak emas yang boleh
di miliki oleh rakyatnya.Negara china juga telah memperkenalkan mesin
atm emas pertama mereka baru- baru ini…anda boleh lihat kosmo
27/9/2011..
Kesimpulannya, negara-negara yang meningkatkan penyimpanan emas
memberi tanda-tanda bahawa kepercayaan negara-negara ini terhadap Dollar
Amerika $ @ USD adalah menurun. Penambahan simpanan emas bagi setiap
negara seperti China, India dan sebagainya akan mempengaruhi kenaikan
harga emas dunia. TIDAK BOLEH TIDAK…emas akan kembali di dalam sistem
kewangan dan ekonomi dunia….kerana ‘gold is god money’