Sunday, October 30, 2011

Emas yang terbesar di dunia

Sesuai namanya, Federal Reserve Bank of New York terletak di New York tepatnya di 33 Liberty Street,Manhattan, New York, Amerika Syarikat. Bank ini di buka pada tarikh 16 November 1914 dan di tempat inilah anda boleh melihat emas yang banyak yang tidak akan pernah anda lihat seumur umur anda kerana di sinilah terdapat vault (ruang simpanan) emas yang terbesar di dunia.

SIMPANAN EMAS NEGARA2 DUNIA…

Sumber: World Official Gold Holdings (International Financial Statistics, May 2011)
Penyimpan Bullion (Tonnes) % of reserves
United States 8,133.5 74.6%
Germany 3,401.0 70.8%
Italy 2,451.8 69.2%
France 2,435.4 64.9%
China 1,054.1 1.6%
Switzerland 1,040.1 17.1%
Russia 811.1 7.5%
Japan 765.2 3.2%
Netherlands 612.5 57.9%
India 557.7 8.2%
Taiwan 423.6 4.7%
Philippines 153.7 10.9%
Singapore 127.4 2.4%
Thailand 108.9 2.8%
Indonesia 73.1 3.3%
Pakistan 64.4 15.2%
Malaysia 36.4 1.5%
Negara Malaysia merupakan negara yang ke 47 mempunyai simpanan emas terbanyak di dunia.
Pada tahun 1971. Amerika Syarikat  tidak lagi mengunakan emas sebagai nilai tambatan matawang mereka tetapi mereka memperkenalkan fiat currency…mereka mengalakkan orang ramai dan mengajak negara-negara di dunia untuk menukar tambatan wang kepada us dollar..tetapi sedarkah kita bahawa dalam diam dan tanpa kita sedari..meraka jugalah penyimpan emas terbesar di dunia….Amerika syarikat hanya mahu menguasai dunia dengan ‘memaksa’ negara-negara lain di dunia mengunakan us dollar supaya mereka dapat menguasai ekonomi dunia…tetapi…
Negara China telah meningkatkan simpanan emas bagi negara tersebut sebanyak 75% sejak beberapa tahun yang lepas. Walaupun China merupakan negara ke 5 penyimpanan emas terbesar di dunia, namun setiap tahun terdapat peningkatan dalam mengumpul emas bagi negara Asia ini. Kerajaan China sendiri menggalakan rakyatnya memiliki emas sehinggakan kerajaan membuat iklan di televisyen tempatan mereka supaya golongan ini memiliki emas sebagai simpanan; satu langkah yang bijak memandangkan Kerajaan China pada masa dahulu pernah mengehadkan berapa banyak emas yang boleh di miliki oleh rakyatnya.Negara china juga telah memperkenalkan mesin atm emas pertama mereka baru- baru ini…anda boleh lihat kosmo 27/9/2011..
Kesimpulannya, negara-negara yang meningkatkan penyimpanan emas memberi tanda-tanda bahawa kepercayaan negara-negara ini terhadap Dollar Amerika $ @ USD adalah menurun. Penambahan simpanan emas bagi setiap negara seperti China, India dan sebagainya akan mempengaruhi kenaikan harga emas dunia. TIDAK BOLEH TIDAK…emas akan kembali di dalam sistem kewangan dan ekonomi dunia….kerana ‘gold is god money’

No comments:

Post a Comment