Sunday, October 2, 2011

Teknik Pelaburan Emas Jangka Pendek

Salam sejahtera kepada semua peminat emas, especially pembaca blog saya, terima kasih, kerana sudi menatapi blog saya.
OK, teknik ini bermula pada 25 Mac 2010 (paras harga terendah) hingga 9-11 May 2010, dalam 46 hari juga.
OK Bagaimana ianya boleh dilakukan..?
Mula-mula sekali, pada 25 Mac 2010, telah berlaku satu kejatuhan harga emas ke tahap terendah pada musim ini, iaitu sebanyak RM 2578 / 100 gram. Cuba lihat screenshot rega emas bar Public Gold.
Katakan anda telah lock dan membeli sebanyak 1 kilogram emas Public Gold pada harga belian RM 127691.
1 KG EMAS PG = RM127691
Kemudian, oleh kerana anda ingin ambil profit jangka pendek dari emas 1kg yang telah anda beli tadi, anda pun pajakkan ia di Pajak Gadai Ar Rahnu (ni kena tanya agen PG katne yg boleh pajak), kalau tanya saya, kalau orang Johor, pergi aje ke KPMNJ Jalan Segget JB untuk memajak emas anda, kat sana diaorang terima Gold Bar dan Dinar Public Gold.
Dalam proses pemajakan emas tadi, dengan 1 kg emas, saya jangkakan anda akan dapat cash sebanyak RM 89383 . Ini kerana kadar pajak di KPMNJ adalah lebih kurang Bank Rakyat, harga semasa tinggi sedikit dari harga di Public Gold. Dalam kes ini saya anggarkan anda dapat cash 70% dari nilai RM127691, untuk memudahkan kiraan.
Tunai diterima selepas pajak 1 kg emas = RM 89383
OK Step seterusnya, pada hari yang sama juga selepas gi pajak, anda harus beli lagi emas gold bar samaada dari Public Gold atau mana-mana institusi yang ada pelaburan emas seperti GIA Public Bank, Emas bar 950 dari Emas Rakyat, gold bar dari KFH. Prinsipnya, anda mesti beli emas dengan institusi yang memberikan spread emas yang paling kecil dan semestinya patuh syariah….
1. Kebiasaannya, untuk penjual emas, boleh je beli emas PG sebab pergerakan harga lebih pantas dan senang jual walaupun spread agak besar juga.
2. Kalau anda pada posisi pelabur, mungkin boleh beli emas GIA, KFH, atau Emas Rakyat, kerana spread yang lebih kecil, dan senang nak jualkan bila dah untung, tak perlu cari customer untuk jual.
Dalam kes saya ini, saya telah membeli emas GIA dengan harga RM 115.24/ gram. Katakan dengan cash RM89383 tadi, anda mampu membeli emas GIA sebanyak 775 gram.
RM 89311 = RM 115.24 X 773  gram Emas GIA Public Bank
OK Step seterusnya, adalah menunggu dengan penuh sabar dan yakin, EMAS ANDA AKAN NAIIIIIIK HARGA….. kerana anda dah beli pada harga terendah….apa nak bimbang. Teruskan kerja hakiki anda….
Waktu yang dinantikan telah tiba, harga emas telah sampai ke kemuncak ketinggiannya. Dan alhamdulillah pada 8 May 2010, harga emas dah kira tinggi jugalah, walaupun sebenarnya kalau ikutkan analisis, belum cecah ke kemuncaknya lagi.  Cuba lihat graf dan screenshot harga emas pada waktu itu.
Harga emas GIA semasa dah tinggi.
Harga emas PG semasa dah tinggi
OK, pada 11 Mei 2010, pada harga buying price GIA Public Bank RM 121.45/ gram, anda bolehlah menjual kembali emas GIA yang telah dibeli dahulu pada 25 Mac lalu. Berapa nak jual?….kalau saya jual semua sekali tinggalkan baki 2 gram dalam GIA sahaja, sebab harga emas akan jatuh selepas itu. Jika anda jualkan semua RM773 gram pada harga RM 121.45 / gram, maka anda akan terima balik cash sebanyak RM 93880.85
RM 121.45/ gram x 775 gram = RM 93880.85
OK, sampai masanya untuk anda bawa semua cash RM93880.85 itu ke tempat dimana anda pajakkan emas 1kg anda dahulu, di KPMNJ. Cuba kita buat analisa sedikit sebelum nak tebus emas anda.
1) Jumlah pinjaman di KPMNJ = RM 89383
2) Anggaran upah simpan sebulan = RM 1001.10
(Anggaran ini dibuat pada kadar 1.12% dari nilai RM 89383 iaitu
1.12% x RM89383  / sebulan)
3) Jumlah upah simpan sehingga 11 May 2010 iaitu 47 hari = RM 1570
Bawa RM 93880 tadi ke KPMNJ dan bayarkan upah simpan RM 1570. Bakinya pula anda bayarkan balik nilai pinjaman asal sebanyak RM 89383 dan anda akan dapat balik emas 1 kg anda beserta lebihan cash di tangan RM 2927.85 sebagai untung hasil dari teknik pelaburan emas jangka pendek tadi.
RM93880.85 - RM89383 - RM1570 = RM 2927.85
Haa….dalam masa 47 hari pelaburan emas anda sebanyak 1 kg ini kelebihan yang anda dapat dengan menggabungkan teknik jangka panjang dan jangka pendek ;
1)  Emas 1 kg anda telah naik “capital gain” dari RM 127691 ke nilai RM 136342, KENAIKAN SEBANYAK RM8651 dalam masa 47 hari jer….
2) Anda dapat raih untung cash tambahan RM 2927.85 sambil-sambil duduk menunggu harga emas naik.
3) Sesak-sesak, nak pakai duit, boleh pajakkan emas anda, dan anda masih boleh terima faedah kenaikan emas anda itu walaupun sedang dipajak.
SO tuan-tuan dan puan-puan, itu baru 1 kg EMAS punya kemampuan, cuba kalau ada 3-5 kilogram emas, tak ke boleh jana income bulanan macam tuuuu,
ITULAH SEBABNYA…..SAYA NAK STRIVE JUGA KUMPUL 1 KG DAN LEBIH EMAS ….kerana ia mampu juga jana PASSIVE INCOME yang hebat…sehebat passive income dari pelaburan hartanah…
dan begitu jugalah kepada anda semua, simpanlah emas sambil pelajarilah ilmu pelaburan emas ini, insyaallah ia mampu memberikan pulangan yang hebat jika tahu caranya…..dan untuk musim seterusnya, saya akan cuba melakukan variasi pada teknik ini iaitu untuk menukar platform dari GIA ke gold bar KFH ataupun gold bar dari Emas Rakyat, kerana pada pendapat saya, ianya lebih patuh syariah berbanding GIA Account, kerana sekarang kita dah ada alternatif yang lebih baik.
Untuk informasi lanjut / membeli atau jual emas, boleh hubungi  http://buatduit-emasgcp.blogspot.com/p/cara-beli.html

No comments:

Post a Comment