Tuesday, March 20, 2012

Jadi jutawan dalam tempoh 11 tahun?


Assalammualaikum.. Bersua kembali rakan-rakan pembaca blog ini.. Saya baru saja pulang dari kerja, dalam perjalanan pulang tadi timbul pulak satu idea untuk berkongsi sesuatu yang saya fikirkan sebelum melelapkan mata malam tadi. Macam gini iaitu satu kaedah untuk menggandakan wang yang kita ada tanpa perlu bersusah payah untuk mencapai matlamat untuk menjadi JUTAWAN...Syok kan !??? Sekiranya rakan pembaca mempunyai simpanan tunai di bank sejumlah RM100 ribu ... bolehkah wang tersebut digandakan untuk menjadi nilai RM1 juta di dalam tempoh 11 tahun?? Jawapan daripada saya dengan minda yang positif mengatakan boleh!!! Pelbagai cara tetapi saya ingin memberikan pendekatan dengan menukarkan kepada logam emas fizikal tulen.. Katakan anda membuat pembiayaan peribadi sejumlah RM100 ribu. Bayaran ansuran sebanyak RM800 setiap bulanan selama tempoh 20 tahun. Anggaran keseluruhan yang akan dibayar di dalam tempoh 20 tahun ialah RM192 ribu ( kiraannya ialah RM800 x 12 bulan x 20 tahun = RM192 ribu ). Rakan-rakan pembaca mestilah mengambil keputusan untuk menukarkan keseluruhan nilai RM100 ribu pinjaman tadi kepada bentuk logam emas fizikal tulen. Berdasarkan carta graf di atas..Sejarah telah membuktikan bahawa kenaikan purata tahunan harga logam emas fizikal sekitar 20% ke 30%. Kita ambil pengiraan sekadar 25% sahaja..Maka kiraan adalah seperti berikut: Tahun 1 = RM 100 ribu + 25% kenaikan emas = RM 125 ribu Tahun 2 = RM 125 ribu + 25% kenaikan emas = RM 156 ribu Tahun 3 = RM 156 ribu + 25% kenaikan emas = RM 195 ribu Tahun 4 = RM 195 ribu + 25% kenaikan emas = RM 243 ribu Tahun 5 = RM 243 ribu + 25% kenaikan emas = RM 303 ribu Tahun 6 = RM 303 ribu + 25% kenaikan emas = RM 378 ribu Tahun 7 = RM 378 ribu + 25% kenaikan emas = RM 472 ribu Tahun 8 = RM 472 ribu + 25% kenaikan emas = RM 590 ribu Tahun 9 = RM 590 ribu + 25% kenaikan emas = RM 737 ribu Tahun 10 = RM 737 ribu + 25% kenaikan emas = RM 921 ribu Tahun 11 = RM 921 ribu + 25% kenaikan emas = RM1.15 juta Di dalam tempoh selama 11 tahun..Wang anda yang ditukarkan telah menjadi gandaan kepada jumlah RM1.15 JUTA. Wahhh dah jadi JUTAWAN !!!

No comments:

Post a Comment